Thursday, 15 April 2010

Huruf B?

Situasi di Sekolah Rendah Kampung Selayang 4,
Kelas 5 A..


Chegu: Murid2, hari ini cikgu nak murid2 mencipta cerita pendek yang hanya menggunakan huruf B di awal setiap perkataan.

Johan: Saya x paham chegu..

Chegu: Saya bagi contoh ye Johan. Basikal Badrul Besar. Basikal Baru Bapanya.

Badrul: Saya mana ade basikal chegu??

Chegu: Ini contoh saje Badrul. Faham murid2?

Kelas 5 A: Paham Chegu!!!

Chegu: Saya bagi 10 minit semua mesti ada satu cerita.




10 minit berlalu.

Chegu: Dah 10 minit ye murid2. Sape2 sukarela nak bacekan cerita pendek die sila ke depan.


Basir si kaki buli ke depan dengan beraninya

Basir: Saya bace ye chegu "Badrul Budak Busuk. Budak-Budak Bangi Berkata, Badrul Berbadan Busuk. Badrul......"

Chegu: Berhenti Basir. Saya suruh awak buat cerita, bukan mengata. Awak didenda berdiri di luar. Keluar sekarang.


Basir pon melangkah keluar dengan malunya. Tiba-tiba Badrul berdiri dan berkata

Badrul: Basir Berbadan Besar!!

Chegu: Badrul, awak pon berdiri di luar juga. Sekarang!!!


Badrul pon menemani Basir di luar. Di luar mereka saling memandang dengan penuh dendam

Chegu: Ada siapa2 lagi nak bentangkan cerita mereka.

Akmal: Beta mampu.

Chegu: Ke depan Akmal.


Akmal merupakan pelajar paling pintar di Kampung Selayang. Harapan sekolah Kampung Selayang untuk mendapat pelajar pertama mendapat 5A dalam UPSR tahun hadapan. Oh, juga merupakan kerabat diraja. Pasal tu dye guna "beta".




Akmal: Bila Bercinta, Berbicara Bersayang-sayang, Berbaby-baby, Berhoney-honey. Bila Beranak, Buang Bayi. Bodoh Betul Budak-Budak Begini. Beta Begitu Berdukacita Berkenaan Berita Begini.




....................................
Pesan seorang rakan: Biar cinta setinggi gunung, agama jangan dibuat mainan









3 comments:

  1. jgn kate ko yg reka cite ni.
    stylooo.
    Best Bangat Bro.
    haha :D

    ReplyDelete
  2. Hihihihi.... Ni kisah benar dow...

    ReplyDelete
  3. akmal, aku baru tergerak hati nak bace post ni. cite ni sengal and kelakar :D

    ReplyDelete