Tuesday, 12 March 2013

Nombor





Setelah hampir 4 tahun menabung,
Sepatutnya mengikut kira-kira aku masa first year dulu,
Nombor itu sepatutnya mampu membeli kereta dan kahwin secara 'cash',
Hahaha, duit itu disimpan untuk 'business' sebenarnya,

Namun nombor itu semakin sukar untuk dicapai,

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk menabung,

"Cukup kot"


**************


Setelah hampir 4 tahun belajar,
Jumlah markah yang diperlukan untuk 'first class',
Agak sedikit sukar,

Nombor yang diperlukan agak menakjubkan untuk 'first class'

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk belajar,

"2nd Upper pon okay apa"


**************



Dulu masa mula-mula menulis,
Aku letak target setelah dua tahun menulis,
Aku akan berjaya mendapat sekurangnya 200 follower di blogger,
Namun update pon jarang,
Dah tiga tahun nombor itu baru 125...

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk menulis,

"Bukan ada orang baca pun"


**************


Setelah hampir 3 tahun membantu membawa bulatan gembira juga membawa bulatan gembira,
Kelihatan tiada adik2 baru yang 'melekat',
Tiada penambahan nombor di situ,
Seperti lagu Najwa Latif,

"Kosong, Kosong, Kosong"

Maka ini sedikit sebanyak mengurangkan motivasi untuk membawa bulatan gembira,

"Bukan ada yang 'melekat' pon"


**************



Namun begitu,


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"

(Al-Imran: 139)



"Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar"

(Al-Baqarah: 153)


=)
.

Friday, 1 March 2013

Tak Pasti

Susah lama tidak update,
Bukannya tiada idea,
Tetapi malas...

Beberapa hari kebelakangan ini,
2, 3 orang memberi 'Private Message' di Facebook,
Mesej yang berbunyi:

"Bila nak update blog?"


***************


Teringat kisah tentang Hasan Al-Banna,

Di dalam sebuah program Ikhwanul Muslimin, kelihatan Hasan Al-Banna menyusun kerusi untuk para tetamu. Seorang Ikhwah datang menegah perbuatan Hasan Al-Banna. Katanya:

"Engkau adalah pimpinan Ikhwanul Muslimin, tinggalkan kerja menyusun kerusi ini kepadaku"

Jawab Hasan Al-Banna,

"Aku belum pasti sama ada ceramahku dalam program ini atau amal menyusun kerusi ini yang bakal membawaku ke syurga"



**************

Aku pon belum pasti,
Sama ada tulisanku di blog ini,
Akan menjadi amal yang membawa aku ke syurga,


Oleh itu,
Mari Kembali Menulis

=)

Thursday, 11 October 2012

Sedang Kami Bermain Bola

Sedang kami bermain bola,
Datang seorang rakan bersama kamera DSLRnya,
Katanya mahu mengambil video untuk Notts Games


Maka inilah hasilnya


Hahaha
=)
.

Sunday, 23 September 2012

Unlucky

Sometimes effort alone is not enough,
You need luck,



I feel you bro


Unlucky,
Just Unlucky


"If you can't support us when we lose or draw, don't support us when we win"
                                                                                                        -Bill Shankly-

.

Monday, 17 September 2012

I'll see you again in 10 months

Apa yang aku belajar dari cuti 2 bulan di Malaysia:

1. Pemanduan

Untuk memandu di Malaysia, kesabaran dan keberanian adalah kunci kepada kejayaan..
Setelah dua hari memandu di kota raya Kuala Lumpur,
Aku sedikit tertekan...

Contohnya,
Bila aku membawa kereta secara sopan dan mengharapkan pemandu lain memberi jalan,
Ianya seperti tidak akan berlaku,
Ia memerlukan keberanian untuk keluar dari simpang,
Lagi-lagi di bulatan Pahang...

Namun apabila aku memberi jalan kepada orang di hadapan,
Aku di"hon" kerana kononnya memperlahankan trafik...

Aku yang tertekan dengan gaya pemanduan di Malaysia,
Meluahkan perasaan di facebook dan ingin kembali memandu secara Malaysia,
Namun seorang rakan datang menegur:

"Be the change you want to see"


*********************************


2. Adab dengan orang tua

Bila dah umur 20an begini,
Aku perasan topik perbincangan aku di kedai mamak juga di tempat2 perbincangan lain lebih matang,
Seperti ekonomi, perancangan keluarga dan lain-lain..

Namun begitu kerana kehangatan politik Malaysia,
Ramai orang sibuk bercakap mengenai politik,
Kadang kala ada ideologi politik orang-orang yang berpengalaman ini bercanggah dengan ideologi kita,
Namun adab perlu diutamakan...

Sebab aku tengok banyak orang dekat media sosial,
Terlalu ingin menyebarkan pemikiran mereka,
Sampai kadang-kadang menyinggung golongan yang berpengalaman ini...


Tadi aku pergi Jusco nak beli rempah,
Nak bawak balik UK,
Aku tanya dekat mak cik yang sedang mengemas kini stok di situ:

"Tumpang tanya mak cik, sub bunjut kat mana ek?"

Mak Cik tu tunjuk sub bunjut betul-betul depan mata aku,

"Allah, sorry mak cik saya tak perasan tadi"

Kelihatan mak cik itu mengintai2 bakul aku,

"Nak masak tomyam ke?"

Aku yang tak tahu nak jawab apa terkeluar jawapan ini,

"Hahaha, tak la makcik. Mak yang suruh ambil"

Setelah melihatkan aku mengambil sub bunjut begitu banyak mak cik itu bertanya lagi:

"Uish banyaknya, nak buat "open house" ke?"

Aku pun menjawab,

"Tak la mak cik, saya nanti nak bawak balik barang-barang ni balik kolej"

Mak cik tu kelihatan sangat gembira dengan jawapanku,
Dia menambah:

"Oh, pandai masak kamu ni."

Aku menjawab:

"Bolehlah mak cik setakat campak-campak je"


Aku pun meminta diri setelah mendapat jumlah sub bunjut yang dikehendaki,
Takut-takut nanti kalau lama bersembang dengan mak cik ini,
Mak cik itu akan bertanya:

"Anak dah kahwin? Mak cik ada anak perempuan seorang"


Wahahaha, drama dow kau Akmal.

Bukan ape,
Aku nak sampaikan bahawa adab dengan orang tua itu penting


****************************************

3. Rakyat Malaysia kedekut

Ada dua benda yang rakyat Malaysia kedekut:
Senyum dan lampu "signal" kereta,

Paling aku tak puas hati kalau pergi surau solat,
Lepas solat doa selalunya orang akan bersalam dengan orang sebelah,
Secara statistiknya daripada 10 orang yang aku salam dan senyum,
5 je yang senyum kembali,
Itupun 2 adalah kawan yang memang ke surau sekali...

Agaknya pakcik-pakcik ni ingat bila kita senyum kita nak ngorat anak dara dia,

"Ni apa senyum-senyum ni? Takdenye aku nak kahwinkan anak aku dengan kau"


Samalah dengan peniaga, pemandu bas, teksi, jurutera, doktor, cikgu,
penjawat awam, pemain futsal taman danau kota, mamak, polis,
akak tol,

Senyumlah sikit =)



Lampu "signal" jangan ceritalah,
Dia nak masuk kiri, dia masuk,
Dia nak masuk kanan, dia masuk,
Pasang la "signal",
Tak jejas pon bateri kereta tu..



**********************************

4. Jangan mengalah

Aku dari summer tahun lepas lagi aku dah meracuni pemikiran ibu dan bapaku,
Bahawa aku akan berkahwin...

Ada satu hari tu,
Mak aku bercerita tentang betapa pegawai-pegawai muda di pejabatnya,
Kurang hormat akan staff-staff yang lebih senior,
Mungkin ideologi yang dibawa berbeza,
Tetapi itu membuatkan ibu terfikir untuk pencen awal.

Kataku:

"Pencen je awal ibu, boleh jaga cucu"



Tidakku sangka racun yang ditanam sedikit demi sedikit itu berhasil,
Semalam kami sekeluarga pergi makan Musang King,


The Musang King


Selepas pulang dari memakan Musang King itu,
Tiba-tiba aku dan adikku menyanyikan lagu-lagu tadika adikku,
Kerana ketika itu ibu bercerita mengenai buah manggis,
Dan ada satu lagu tadika adikku bercerita tentang manggis yang aku ingat,
Dan yang secara tiba-tiba ibuku berkata:

"Nanti ibu nak ajar cucu ibu nyanyi lagu-lagu tadika adik"

Ayahku membalas,

"Cucu ape, anak pon belum kahwin lagi"



**************************

5. Ayahku yang suwit

Memandangkan lagi setahun nak habis belajar,
Aku mula memikirkan secara serius tentang pekerjaan,

Ketika dalam perjalanan pulang ke Ipoh,
Aku ada membentangkan idea bisnesku kepada ayah..
Takkan aku nak tido sedang ayah aku "drive" 3 jam KL-Ipoh,
Maka setelah berbincang dan bertukar pendapat,
Ayahku bertanya berapa modal untuk semua ni?

Aku menjawab setengah juta..

Bila ditanya mana nak dapat duit setengah juta,
Aku menjawab aku ada simpan duit,
Tapi xsampai setengah juta lagi,
Dan mungkin kena usahakan cara lain untuk dapatkan modal..

Dengan tidak semena-mena ayahku berkata:

"Nanti ayah pencen akan dapat duit ganjaran persaraan, x sampailah setengah juta tapi bolehlah nak "inject" buat modal"


Aku yang begitu terharu,
Seakan-akan ingin memeluk bapaku itu,
Namun dia sedang memandu,
Bahaya peluk orang sedang memandu...

Dan aku dengan terharunya menjawab:

"Terima Kasih, Terima Kasih Manager ____________(isikan nama bisnes yang belum ditubuhkan itu)"


Tapi bila aku bagitau member aku,
Diorang gelak,

Damn dow,
Tunggula
Hahaha

**************************

Goodbye for now Malaysia,
I'll see you again in 10 months

=)
.

Friday, 14 September 2012

Selamat Hari Raya





Baru habis puasa enam,
Selamat Hari Raya

=)

Wednesday, 12 September 2012

Tunang Dan Karier

Tajuk memang melambangkan masa depan,
Tapi,
Bukan aku yang bertunang,
Tapi seorang sahabat yang bertunang,

Aku dan seorang rakan diajak mengikut rombongan tunangan ke rumah perempuan,
Aku dan seorang rakan itu agak segan pada mulanya,
Kerana selalunya yang mengikuti rombongan meminang adalah ahli keluarga dan sanak saudara,
Mana ada kawan pihak lelaki ikut..

Aku dan kawan lelaki itu telah tiba di hadapan pintu rumah rakanku yang bakal bertunang ini,
Aku berkata:

"Aku segan dow, nanti semua sedara mara dia. Kita bukan kenal pun"

Seorang rakan berkata:

"Kita balik la jom"


Tiba-tiba rakanku yang bakal bertunang ini membuka pintu rumahnya,

"HOI, jomla masuk"

Plan kami untuk pulang gagal,
Memandangkan perutku yang memulas-mulas di pagi hari Ahad itu,
Aku dan seorang rakan itu pun masuklah ke dalam rumah,

Di situ kami pun bertanya adakah sesuai kami mengikut rombongan ini,
Maknya berkata:

"Takpelah, kawan-kawan rapat pun"


Penjelasan serba ringkas maknya itu melegakan,
Tetapi tidak melegakan perutku yang memulas-mulas itu,
Lantas aku berkata:

"Bro, tumpang tandas. Ada kerja nak buat"

Seorang rakan dan rakan yang bakal bertunang ini berkata:

"Ah kau, memang mat b###k"

Ketika aku ditandas membuat kerja,
Mereka berdua bersorak-sorak agar aku segera bekerja..

*******

Setibanya di rumah pihak perempuan,
Rombongan masuk ke dalam rumah,
Jadi aku dan seorang rakan diarahkan menemani rakanku yang bakal bertunang ini,
Kerana mengikut adat, tunang lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah,
Dan kami pon melepak lah di luar rumah pihak perempuan.

Setelah tamat proses menunangkan (wujudkah perkataan ini?) mereka ini,
Ayah kepada pihak perempuan datang kepada aku dan seorang rakan,
Ayahnya mengenali kami berdua kerana kami pernah datang beraya dengan tunang anaknya itu,
Ayahnya berkata:

"Yang dua orang ni bila lagi?"

Aku bergelak ketawa sambil berkata:

"Dia dulu pakcik, dia dah grad. Saya belum habis belajar lagi"


Selamat wahai rakan yang bertunang,
Kami mendoakan kebahagiaanmu,
Dahlah buat kenduri kahwin masa aku kat UK nanti,
Damn dow..
Hahahaha

******************



Karier,
Takdelah karier sangat kalau setakat bermain bola hanya wakil sekolah,
Paling bagus wakil Nottingham Malaysian Society,

Walaupun ketika di"interview" Intel Selasa yang lalu,
Ditanya:

"What is your dream job?"

Jawapanku:

"Professional Footballer"

Intel

Dekat Cafe Intel ada benda ni


Karier bola sepak aku mungkin tidak lama,
Buku lali kanan yang entah tiba-tiba kembali berlagu,
Setelah sekian lama tidak berlagu, bedenyut-denyut di malam Sabtu yang lalu,

Kecederaan ketika tingkatan 4 kembali membelenggu,
(ayat macam player professional woh)


Kerana ini mungkin futsal terakhir bersama rakan di Malaysia,
Ku tahankan jua,
Namun ia menjadi padah,
Sedang aku menggelecek,
Aku di"tackle" dan tersembam,
Terbaring aku di tengah padang dalam waktu yang lama,
Terdengar suara-suara:

"Aku rasa tangan kiri dia patah"

"Aku rasa dia salah jatuh dengan tangan kiri tadi"


Ketika aku terbaring itu,
Datang bayangan bahawa aku tidak boleh bermain sukan lagi,
Buku lali kanan sudah mula meragam,
Tangan kiri pula patah,
Baru hendak berkecimpung dalam bidang climbing,

Batu Caves


Namun setelah aku berjaya menggerakkan jari-jemari tangan kiriku,
Aku pon bangun dan tersenyum kepada rakan sepasukan,

"Nasib baik tak patah dow adib, kau ingat dulu aku pernah jatuh cara yang sama"


Datang pemain yang men"tackle" aku tadi,

"Sorry bro"

Aku jawab:

"Standard ar main bola"

***************************

Besok pagi aku bangun tangan kiri aku sengal-sengal,
Buku lali aku berdenyut-denyut,
Tapi aku masih pergi ikut rombongan tunang kau,

Sweetkan aku?



****************************

Tadi Malaysia menentang Vietnam,

Sebelum perlawanan bermula


Kita tewas 0-2,
Rakanku yang baru bertunang itu keluar makan bersama keluarga tunangnya,
Ketika segelintir rakyat Malaysia berjuang mengharumkan nama Malaysia,
Kau boleh pula bersosial,


Sedang aku dengan kaki yang tempang tempoh hari,
Juga tangan yang hampir patah,
Datang mengikuti rombongan tunang kau..


Mana semangat Patriotik kau?

Barangkali kemenangan Malaysia tidak bererti buat kau...



*************

Damn, pandai gila aku main situasi,
Boleh jadi politician,

Wahaha, gurau je bro,
Eratkanlah hubungan sebelum berkahwin

=)


Monday, 13 August 2012

Weekenders Menyerang Kuala Lumpur

Weekenders' Reach: Shantoh Ramadhan @ KL

Begitulah nama program yang aku pergi semalam.

Weekenders Club ialah kelab untuk orang yang kerja keras pada weekdays dan ingin *enjoy Weekend dengan penuh osem
*yang syariah compliant :)

sini link untuk FB page Weekenders Club ----> link

Shantoh Ramadan pula adalah dengan memberi beg yang diisi dengan makanan dan minuman yang merupakan budaya Egyptian/Arab untuk mereka yang sangkut di traffic jam dan tidak sempat untuk iftar di rumah. Kata mereka:

"A bag with love and smile"

****************************************


Aktiviti ini berjaya menarik minat aku atas 2 sebab:
1. Memang dah lama nak join aktiviti Weekenders, cuma tak berkesempatan

2. Dua minggu lepas ada predepature Nottingham di Jalan Conlay, ada lebihan kuih muih yang pihak Nottingham Malaysian Society sediakan untuk peserta. Jadi kami yang berkereta di suruh membawa pulang kerana makanan tidak elok dibuang.

Maka seorang rakan datang dengan satu idea untuk memberikan pek makanan itu kepada orang ramai di Pavilion. Dekat je Pavilion dengan Chulan Tower Jalan Conlay.


Sebelum sampai ke Pavilion, banyak pek makanan berisi kuih muih itu dapat diberikan.

Abg Motor

Pak Cik Guard

Abg Construction


Masalahnya bila dah sampai pavilion,
Satu manusia pon tak nak ambil kuih yang kami nak beri,
Malah Pak Cik Guard dekat Pavilion pon tak mahu,
Pelik

Akhirnya kami kembali ke Abg Construction,
Minta tolong dia beri kepada rakan-rakan yang lain yang masih bekerja,
Sebagai juadah berbuka..

**********************************************


Memandangkan pemberian kuih di sekitar Pavilion gagal,
Aku pun berfikir adakah kawasan mempengaruhi keinginan manusia menerima sumbangan,
Mungkin Pavilion adalah kawasan orang berpendapatan tinggi,
Agak sukar menerima pemberian,
Atau mungkin atas sebab lain..

Jadi masa Weekenders Shantoh ni,
Aku dan beberapa rakan ada target,
Target kami adalah mendapatkan 10 kereta untuk menurunkan tingkap apabila kami datang,
Dan mengambil makanan yang kami beri.

Taklimat di Masjid Jamek

Capek, Orang Kuat Weekenders

Cubaan pertama Ameer untuk memberi pek makanan kepada pemandu kereta

Cubaan Amir Aiman Jang

Oh, kami juga ditemani akak Astro Awani, apa ntah nama akak ni, rin ke shin. 
eh ada jugak muka Capek

Cubaan yang entah keberapa

Abg Topi(sorry, tak ingat nama): Bro, makanan sudah habis bro. Yeah!!!
(gambar sebelum bersurai untuk berbuka)


1000 pek,
Ada 1000 pek berjaya diberi kepada orang ramai sekitar Masjid Jamek semalam
Dan lebih 10 kereta menurunkan tingkap untuk mengambil pek makanan.

Kami sampai kembali ke masjid Jamek hampir waktu berbuka,
Mujur ada nasi yang masih belum diambil,
Rezeki beb



Jadi sebagai konklusi,
Aktiviti Weekender ini sangat menarik dan berjaya,
Dan aku akhirnya dapat menyelesaikan persoalan kenapa orang tak mahu ambil kuih yang aku bagi di Pavilion tempoh hari...

Masa di Pavilion tempoh hari,
Hanya kami berdua memegang kotak,
Kelihatan seperti penjual atau peminta derma, peminta sedekah menjual kuih,
Makanya orang lari,
Kami kata free pun mereka tak mahu..

Kata seorang penjual berdekatan Masjid Jamek masa Shantoh Ramadhan semalam:

"Selalunya dik orang datang sini mintak sedekah, tapi harini terbalik pulak, orang datang bagi sedekah.. Kali pertama jadi ni, pastu bulan Ramadhan plak... Terima kasih ye"


Jadinya apa yang aku belajar,

"Untuk berbuat baik, adakalanya adalah lebih baik dilakukan secara berjemaah (beramai-ramai) agar lebih mudah mendekati masyarakat"



Juga dah ada video keluar,

Mantap =)


Weekenders memang terbaik
=)


Wednesday, 8 August 2012

Kata Sahabat Saya

Katanya:

Jika dia beriman dengan dengan formula kena bina diri baru bina keluarga dan negara, maka dia khuatir sampai bila-bila pun dia tidak akan bersolat kerana rasa belum cukup baik untuk mula bersolat. Dan juga tahap baik yang bagaimana baru kita boleh bersolat?


Saya kata:

Macam ada yang kurang tepat,
Kita bersembahyang bukan bila kita rasa kita baik,
Tapi kita bersembahyang agar menjadi hamba yang lebih baik,
Tak gitu?

Jadi bukan persoalan berapa 'level' kebaikan baru boleh solat,
Tapi dengan bersembahyang itu akan menjadikan kita hamba yang lebih baik,

Bukankah solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar?
Maka apabila tercegahnya perbuatan yang keji dan mungkar ini,
InsyaAllah kita akan menjadi hamba yang lebih baik.


Sama juga seperti dakwah,
Tidak perlu menunggu menjadi baik untuk mengajak orang berbuat baik,
Dengan mengajak manusia berbuat baik, bukankah kita telah berbuat baik?
Oleh itu insyaAllah tergolong dalam orang-orang yang baik.


Jika hendak berbuat baik perlukan 'level' kebaikan,
Maka bayangkan seorang pembunuh yang insaf membuat Qiamullail di masjid,
Pak Imam datang berkata:

"Anak muda, jangan Qiamullail. 'Level'mu belum cukup untuk Qiamullail"


Jika hendak menunggu menjadi baik baru hendak berbuat baik,
Ibarat mengatakan:

"Aku tak cukup ilmu hendak menjadi jurutera, oleh itu aku tidak boleh menjadi jurutera"


Jika begitu tiada siapa layak menjadi jurutera,
Kerana tiada siapa secara automatik mempunyai ilmu kejuruteraan,
Oleh sebab itu, kita belajar dan mengambil ijazah dan berusaha untuk menjadi jurutera.



Jika ingin berbuat baik, teruskan. Tiada 'level' ditetapkan untuk melakukan sesuatu kebaikan

Jika TIDAK ingin berbuat baik?

"Jangan menipu diri sendiri, semua orang ingin membuat kebaikan"


=)

Tuesday, 12 June 2012

Paintball

Setelah seharian bermain paintball Sabtu yang lalu,
Pihak Delta Force menganugerahkan pemain terbaik,



Sarveen,
Pemain pasukan Ungu yang merupakan pasukan aku,
Mendapat anugerah itu,
Dan diberikan sijil





Seorang ahli pasukan Ungu, Sheila berkata:

"For me Akmal, you are our best player"


Sarveen datang kepadaku,

"Akmal, you deserved this. You are our best player. You can put your name on the cert if you want"


Sooo Suwit la korang
Touching Dow


=)

Sunday, 3 June 2012

3rd Year

Maka tamat sudah tahun ketiga di Nottingham,
Namun masih ada VIVA untuk group project pada 15 June nnt


Study

Pembelajaran di tahun ketiga sedikit tersusun, 
Namun masih gagal mencapai 'first class' yang diimpikan,
Bukan susah pon Engineering,
Come On Dow


Bola
Tahun ini tiada medal,
Masuk semua games, semua kalah,
Tahun ini pon xde orang import,
Sudah tua dan lembab barangkali

Baru saja mengendalikan meeting Dunkirk Jaya FC,
Jawatankuasa baru telah dilantik,
Moga sukses...

Capitan sudah tua,
Perlu mengundur diri

Meeting DJFC

Setelah 2 tahun, tiada lagi capitan Akmal


Kerjaya
Masih bingung dengan masa depan,
Apa yang jelas hanyalah kedai burger,
Hahaha


Kahwin
Wahahahaha, senyum lebar,
Nantilah dahulu,
Masa depan kerjaya pun masih kabur,
Nak bagi anak bini makan apa nanti?

Tapi aku terkejut diajukan soalan sebegini itu hari,

Orang A: Girlfriend mana?
Akmal: Hahahaha, mana ada 
Orang A: Serius?? 
Akmal: (Angguk2)
Orang A: Hei, you are not gay aren't you?
Akmal: Woi, taklah.. Gila ke apa

Masyarakat,
Takde Girlfriend je Gay,
Chill lah..


Thanks,
It's been a while since the last update,
May this post be the first of many post to come,
Eh, cakap English pulak kau... 

Wednesday, 11 April 2012

Guzel - Official Trailer




=)